Friday, June 11, 2010

World Cup.... Goooaaall dan Judi

Demam piala dunia sudah bermula, siapakah pemain pilihan anda yang akan beraksi di tamaysa Piala Dunia di South Africa. Ataupun, Negara apakah yang menjadi pilihan anda semasa piala dunia yang akan datang ini.

Tamasya bola sepak di Afrika Selatan, mengumpulkan masyarakat satu dunia untuk ke sana. Ada yang pergi secara bersendirian, bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Ada yang mengambil keputusan untuk tidur di hotel, di rumah2x sewa malahan ada juga peminat yang sanggup tidur di kereta ataupun di kaki lima sepanjang temasya bola sepak tersebut diadakan. Waw!! Finatik sungguh mereka ini dengan bola sepak.

Isu keselamat pengunjung (pelancung) disana amat dititik beratkan, memandangkan ramai antara mereka yang finatik dengan pasukan mereka. Memang tidak boleh menerima kekalahan pasukan bola sepak pilihan mereka. Saya terbaca berita bahawa Afrika Selatan juga mengambil bantuan Polis dari Negara-negara lain untuk bersama menajaga keamanan sepanjang temasya itu diadakan.

Maaf, saya bukan seorang yang finatik bola sepak. Tetapi, kerana hebatnya promosi worldcup south Africa 2010 ini membuatkan saya juga tertarik dengan Bola Sepak untuk sementara waktu sahaja….

O.k itu yang berlaku di Afrika Selatan, di Malaysia bagaimana pula… Crocs sendiri pun dah mengapi-apikan semangat kenegaraan dengan membuat crocband Nation. Selai itu, jersey tiruan lebih banyak dipakai berbanding jersey yang original di mana-mana sahaja. Huhuhu hebatnya keuntungan perniagaan di musim bola sepak.

Sebelum bola sepak, ada di nyatakan berkenaan dengan isu judi di Malaysia. Yang memberikan lessen judi kepada Berjaya yang juga pemilik kepada Sport Toto. Huhu.. dah lama dah syarikat ini memegang lessen judi, Sebenarnya inilah sebabnya entri kali ini.

Judi.

Umum mengetahui, bahawa Judi itu haram, kecuali mereka yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam secara lengkapnya. Memang haram judi ini, dulu masa diwaktu kecil, saya pernah didedahkan dengan tikam, dan dalam tikam tersebut mempunyai mainan yang pelbagai. Tetapi, tidak tahukah bahawa Tikam yang dimainkan oleh pelajar dulu juga merupakan sebahagian daripada judi. Ump… Ya Allah, aku sudah taubat nasuha untuk tidak bermain tikam lagi.. tetapi itu semasa aku dibangku sekolah.

Judi menggunakan daun trope (ala yang ada warna merah hitam tue), judi jenis ini ramai melayu Islam terutamanya yang main. Sambil duduk2x di kawasan yang terpencil, mereka bermain mainan ini. Sungguh kusyuk sekali…. Sehingga lupa hari sudah petang, maklumla… yang sudah menang terus mahu pengut hasil kemenangan, dan yang kalah masih mengharapkan kemenangan… last2x semua tak jadi.

Judi numbor ekor ini pun ramai gak melayu yang main, sorok2x beli di kedai nombor ekor, harap-harap nombor mereka ini menang. Secara logiknya, memang susah hasil keuntungan judi itu boleh menjatuhkan Sport Toto atau magnum. Daripada hasil judi anda lah terbinanya Berjaya Times Square hahaha, lagi untung syarikat tersebut. So fikir-fikirlah bagi mereka yang bermain judi nombor ini, kerana mereka bukan mendapat kekayaan tetapi memberikan kekayaan. Itu sebabnya Judi itu haram.. kerana ada penindasan disitu.

Hasil daripada Judi

Sebelum saya mengatakan berkenaan dengan hasil daripada judi, anda perlu bertaubat nasuha supaya tidak lagi mengamalkan judi.

Jika anda telah bertaubat daripada berjudi, harta daripada keuntungan judi anda itu hendaklah diserahkan kepada baitulmal. Supaya anda tidak lagi memakan hasil Judi yang juga haram dan boleh mendatangkan kesan buruk samada kepada diri anda ataupun keluarga anda.

Ketahuilah wahai sahabat bahawa jika anda bermain dengan judi balasan Allah bukan sahaja didunia malahan diakhirat. Cash tuhan kasi balasan.

Semoga kita dirahmati oleh-Nya

Wednesday, June 9, 2010

Gua Batu Maloi, Keindahan Alam Sekitar Perlu dihargai...



Kali ini, Orang Hutan Malaya (OHM) berjumpa semula di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Setelah setahun penubahan OHM. Akhirnya, mereka yang berkesempatan untuk memeriahkan aktiviti JC dan meredah gua datang dan memulakan ikatan mesra. Aktiviti dijalankan pada 5 Jun 2010 sehingga 6 Jun 2010.

Ala… 2 hari 1 malam jer, tapi best ooooo rugi sapa x joint

Kat sini saya akan bercerita untuk mereka yang tak pergi supaya mereka rasa berbakti kepada hutan, dan kepada yang pergi untuk mereka merasakan kenangan dan persahabatan yang dibina bersama di OHM akan kekal sehingga akhir hayat…

Cheewaahhh, ayat bunga-bunga cinta
Kita pergi kepada perjalanan program


Masa telah menetapkan dan Alhamdulillah semua telah berkumpul dan berjumpa di pekan Tampin, pada jam 4.00 petang. Selepas itu, mereka yang telah berjanji untuk tunggu di Petronas Tampin tersebut berjumpa dan bergerak bersama ke Batu Maloi.


Alhamdulillah, sampai pun kite org kat Batu Maloi, cukup rasa tenang… dapat hirup udara kampong.

Hari semakin petang, kelihatan Arjuna sedang membakar sesuatu, Awie sedang menggoreng sesuatu… wa.. seperti ada sesuatu pada malam ini dan yang lain2x juga seperti sedang menyediakan sesuatu pada malam ini. Ya Betul tekaan yang sangat kuat. Tanpa berlengah masa, mereka yang sudah sampai dan bersiap-siap pasang khemah terus ke tempat pembakaran dan penyediaan makanan ini. Pada malam pertama, di gua Batu Maloi, kita adakan BBQ. Malam BBQ yang penuh enak dan lazat disediakan oleh OHM sendiri. Antara menu-menu yang menarik adalah ; nasi goreng, ayam BBQ, kerang BBQ, ikan bakar BBQ, Ikan siakap BBQ, Sosej BBQ, udang BBQ. Yang dibakar segar diatas api yang membara… dihidangkan bersama air grape dicampurkan dengan Ais. Malam yang sunggu berselera dan mengasyikan.

Juadah BBQ OHM


Setelah kenyang dan makanan telah memenuhi seluruh inci perut, kami berkumpul di dewan lepas makan untuk mendengar taklimat daripada Rosman mengenai OHM, semua pun mendengar dengan kusyuk… Nampak mcm ketat jer malam tue.. tapi fun, ada unsur lawak dimana-mana. Betul x sang labah2x?.

Antara taklimatnya adalah syarat keahlian OHM, pengenalan Jawatankuasa OHM, kenapa OHM ditubuhkan, Halal ke Haram OHM ini, perniagaan di OHM, penggunaan nama OHM, tanggungjawab OHM. Semuanya telah diperjelaskan dengan seterang-terangnya seperti matahari menyinar disiang hari. Dan bila dah habis penerangan tersebut ada proses jualan dan beli dijalankan. Terjualah, beberapa baju baru daripada OHM. Menggunakan kain “cool fit” boleh dipakai dimana-mana sahaja. Sape yang nak lagi baju tue leh contact Rosman, murah2x.. Selepas itu masing2x buat kerja masing, ada yang jumpa sleeping beg, ada yang tengah “meeting”, ada yang bermain bersama “lappy” mencari line internet… hahaha celcom xde line yer…


Pagi tue se awal jam 7.00 pagi kita bersarapan, dan aktiviti yang disukai oleh ahli OHM kerana minat mereka adalah kita buat Jungle Clean Up… Semua peserta berkumpul dahulu untuk mendengar taklimat berkenaan dengan JC yang nak dibuat pada kali ini, pembahagian tugas diadakan dan seterusnya semua terus pergi mencari sampah supaya kawasan sekitar itu bersih. Kalau tak bersih nnt ada haiwan lain yang akan datang untuk bersihkan sampah2x itu dan haiwan tersebut akan mengangu orang lain untuk berkhemah di kawasan yang sama. Oleh itu, pastikan anda kemaskan betul2x kawasan perkhemahan anda selepas sahaja anda berada disitu. Sampah, buang jauh2x. o.k (pesanan khidmat masyarakat drpd OHM).



Bergambar setelah penat membuat jungle clean up.... Anda pun mene bersihkan jugak o.k

Aktiviti lepas kutip sampah, bergambar bersama “bukti” a.k.a sampah…

O.k, selepas itu semua dah x sabar untuk masuk gua. Mcm-mcm persediaan dilakukan, kasut berstokin, headlamp, baju dan bermcm2x lagi… Tepat jam 11.30, semua peserta sudah tidak sabar untuk masuk ke dalam gua.. tapi, kene tahan dulu dengan Rosman untuk mendengar taklimat penting…. Seramai 43 peserta dengan penuh khusyuk mendengar taklimat daripada Rosman. Cabaran untuk anda yang tidak berani, pada kali ini sekecil 4 tahun sudah berani masuk gua, advance betul dorang daripada rakan sebaya yang lain yang asyik nak main je keje. Tahniah kepada Muhammad & Fisha.




Nak masuk pintu gua... stanby heandlamp masing2x

Cerita pasal gua, tracking sejauh 500 meter (ala… Nampak dekat.. tapi try test masuk, tengok). Ada 12 Checkpoint yang mencabar… kalau berjalan 3 orang mengambil masa salama 1jam 45 minit. Kalau 43 orang, kira jer la sendiri. Ini bukan gua batu kapur mcm kat gua niah tue, gua batu maloi ada yang muat, ada yang tak muat laluannya, ada yang merangkak, ada yang kene baring, ada yang kene memanjat, ada yang kene menyelam. Ada 12 Checkpoit kesemuanya. Antara checkpoint yang menarik adalah ,cp 3 ada gigi maloi...,cp 5 - gua kelawar lepas tu naik tali, cp 6 - kapal maloi, cp 7 - lukisan kt dinding...lepastu lubang ibu mengandung, cp 9 - air terjun..panjat guna tali lewan arus, cp 12 - tempayan maloi. Di checkpoint 6, taklimat berkenaan gua diberikan oleh Rosman. Intrested betul, semua nye dengar… bagus la.. OHM nie, sambil meneroka gua dapat belajar something yang baru....

Cerita gua... oleh Mr Rosman

O.k dah? Lepas tue keluar gua dalam keadaan yang sudah basah kuyup, sebab dalam gua nie ada sungai dan air terjun yang dingin, nyaman dan sejuk. So, Ambik la peluang untuk mandi.. kalau tak rugi… beb. Dan dalam keadaan berbasahan kita mengambil gambar. Dalam perjalanan balik pun, kita sempat berkumpul dan bergambar bersama dahulu… ada dua tempat kita orang berkumpul untuk mengambil gmbr kenangan, di pintu keluar gua dan juga di hadapan batu maloi. Sambil berjalan pulang, sekali lagi ilmu mengisi dada. Rosman memperkenalkan pokok-pokok yang menjadi ubat tidak kira kepada lelaki dan perempuan.
Bila dan keluar dari gua, baru dengar bunyi kruuukkkraaakkk… bunyi perut yang dah lapar sebab dah pkl 3 pun… huihuu

Sampai jer basecamp, semua nye bersiap untuk Makan (paling penting). Makanan tengahhari memang mengamit selera semua peserta (maklumla.. lapor katakan). Makan penuh dengan kesopanan. Huhu.. best2x..best2x… dan selepas makan, semua bersihkan badan masing2x, mandi kemas2x untuk pulang ke tempat masing2x…. bersalaman dan mengucapkan selamat jalan… dan yang pasti insyalallah kita jumpa di program yang seterusnya...

p/s kalau nak tgk gmbr yang lain klik disini

Sunday, May 23, 2010

Sales management

From hundreds of salespeople and sales managers. The writer (Robert J. Calvin, Demystified, Sales managers) Conclude:

1. The best sales managers have what I like to call the “will to manage.” They are willing to set standards, be critical, and sit in judgment. Since most sales managers were promoted because of their records as salespeople, it is not easy for them to set standards, be critical, and sit in judgment of their peers, even at a different employer. These sales managers need to make the transition from being a salesperson’s friend to just being friendly.

2. The best sales managers realize they are agents of change, so they are manage change even when it includes changing people’s behavior. Rapidly changing competitors, products, technologies, markets, and customers make business a dynamic environment in which the future is a fast-moving target. Sales mangers are at the vortex of these changes. The best sales managers may not like change, but they realize that managing change is part of their job. The not-so-best managers constantly complain about change and handle it poorly.

Similarly, the best sales managers don’t whine about their weak sales people. Instead, they work to change their salespeople’s behavior through nonmonetary motivation.

3. In addition, the best sales managers believe in what they are doing-the company, product and job – which creates strong personal motivation for them, which they pass on the salespeople and customers.

4. The best managers also delegate, set goals and plan well

5. The best sales managers can communicate well not only with customers and supervisors, but also with peers and the sales people, and they have excellent communication skills with customers, but few communicate well with the salespeople who report to them. For the latter group to make the transition skills to communicate effectively with those who work for and with them.

6. The ability to execute and implement the sales management process, strategies and tactics separates the best sales managers from the not so best. Many sales managers could write individual chapters for this book (Demistified, Sales Management) but few could implement and execute all the tactics, strategies, processes and methodologies in it.

7. The best sales managers can effectively manage both rookie and veteran salespeople, as well as those older and younger than they are. They can understand the distinct needs, goals, and problems of the individuals within these diverse groups.

8. The best sales managers train or terminate weak performers; they do not try to do their job or put up with mediocre results. If a salesperson underperforms, the best managers will create a development program to improve performance. If after sufficient time, performance does not improve, the weak salesperson will be replaced.

Tuesday, May 18, 2010

Nuang Expedisi.... with Orang Hutan Malaya

kredit to : Garfu Besi

Tarikh : 15 – 16 Mei 2010 & sambung hingga 17 Mei 2010 ^^

-Peserta yang menjayakan Riadah Santai - Ke Puncak Nuang-

Hari Pertama:
Seperti yang telah dijanjikan, lebih kurang 9.30pg hampir semua peserta yang bakal mengikuti aktiviti ‘Riadah Santai - Ke Puncak Nuang’ mula sampai dan melaporkan diri. Selepas kesemua 22 orang peserta tiba (3 orang peserta telah menarik diri pada saat akhir), bungkusan bekalan makanan yang telah disediakan oleh bro Arjuna diagih-agihkan kepada setiap peserta utk dibawa semasa trekking ke Kem Lolo. Sesuai dengan pepatah yang mengatakan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” ^_^

-Upacara kupas bawang macam kenduri kawen daaa-

Sebelum semua peserta memulakan perjalanan ke Kem Lolo, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh garfu & bro Arjuna selaku ‘guide’. Sebelum daripada itu urusan pembayaran permit dilakukan dan setiap peserta mendapat resit permit mendaki Gunung Nuang sebagai tanda kenangan… hihihi..nk bg lain tkde ^_^

-Jungle Clean-up-

Lebih kurang pukul 10.30pg, perjalanan ke Kem Lolo bermula dengan di ‘lead’ oleh Angah iaitu anak bro Arjuna, manakala bro Arjuna sebagai ‘sweeper’ & garfu ‘runner’. Lebih kurang sejam berjalan, kami tiba di CP1 iaitu pondok yang pertama dan berehat sebentar bersama Kit-Kat ^_^

-Aktiviti malam..Sessi percambahan fikiran ecehhh-

Kemudian perjalanan diteruskan dan kumpulan besar seramai 22 orang ini mula berpecah kepada 2 kumpulan kecil (mengikut tahap stamina hihi). Kumpulan muda mudi yang semangat membara mendahului kumpulan senior yang semangat tak kurang hebatnya jugak ^^. Selepas tiba di CP2 & CP3 (pondok) kami kemudiannya tiba di kawasan sungai/jeram iaitu CP4 dan berehat lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Lolo. Lebih kurang jam 2.30ptg semua peserta akhirnya tiba di Kem Lolo dan mendirikan khemah masing-masing.

-Patut la banyak lebah..musim munge rupenya-

Lebih kurang jam 4.00ptg, peserta lelaki memulakan aktiviti membersihkan kawasan tapak kem @ ‘Jungle Clean-up”, manakala peserta wanita pula sibuk dengan aktiviti ‘menganyam ketupat’ ekekeke sambil menyiapkan juadah makan malam iaitu ‘tomyam seafood’ theeeeee heeee heeheehee…(rugi beb sape tk join..hiks)

-Peserta sedang menunjukkan kemahiran memanjat-

Selepas mandi dan membersihkan diri (ada gak yang tk mandi..hissshhh!), kami mula menjamah juadah makan malam yang disediakan oleh chef2 bidan terjun sampai lupa lirik hihii.. (kenyang beb!). Aktiviti pada sebelah malamnya iaitu aktiviti percambahan fikiran dan berkongsi pengalaman berlangsung lebih kurang jam 8.00mlm dan berakhir lebih kurang jam 11.00mlm.. macam-macam cerita adaaa..

-Di Kem Pacat..Perjuangan belum selesai-

Hari Kedua:
Lebih kurang jam 8.30pg, selepas semua peserta bersarapan, aktiviti pendakian ke puncak Gunung Nuang bermula. Di awal perjalanan, 2 batang sungai diredah sebelum menempuh laluan ‘mencanak’ @ mendaki bukit (adusss sakit kaki woooo). Lebih kurang setengah jam trekking, kami berhenti di kawasan pokok buluh untuk mintak nyawa ekekeke..

-OHM di Puncak Nuang-

Kemudian perjalanan diteruskan, dan lebih kurang jam 11.30 kami tiba di Kem Pacat. Disepanjang perjalanan jurugambar-jurugambar amatur tidak melepaskan peluang merakam gambar aksi rakan-rakan yang lain. Ada dikalangan peserta yang mengayakan aksi maut sewaktu bergambar..ada juga dengan gaya biasa dan santai. Namun, yang peliknya tiada seorang pun menayangkan aksi muka penat..masing-masing kontrol hensem & kontrol cute agaknya..

-Amboi bergaya sakan cikgu yang sorang nih-

Lebih kurang jam 1.30ptg kumpulan akhir tiba di Puncak Gunung Nuang. Kumpulan pertama tiba lebih awal iatu sekitar jam 12.50tghr. Selepas berehat dan bergambar, lebih kurang jam 2.00ptg kami mula bergerak untuk turun. Pada waktu itu hujan renyai dan sesekali lebat mula turun menyebabkan laluan menjadi agak licin dan lebih mencabar. Laluan yang licin ini membuatkan ada dikalangan peserta terpaksa menunjukkan aksi mengelonsor @ ‘drift’ ekekeke.. Masing-masing kebasahan dan comot, namun masih lagi maintain cute & hensem..

-Berjaya..yeahhh!-

Selepas berhempas pulas, mengelicik, mengelonsor, tertonggeng dan macam-macam aksi lagi..Akhirnya, lebih kurang jam 6.00ptg kumpulan akhir tiba di Kem Lolo dengan wajah kepenatan tetapi maintain anggun ^_^ Lengguh-lengguh badan akhirnya hilang selepas pekena kopi panas dan berendam di sungai/jeram yang airnya begitu asyik...fuhhh

-Perjalanan turun yang lebih mencabar-

Jam 7.30mlm, sebilangan peserta mula meninggalkan Kem Lolo untuk turun ke bawah (pintu masuk hutan simpan Gng Nuang), manakala sebilangan lagi peserta (8 orang) buat keputusan untuk bermalam di Kem Lolo utk 1 malam lg kerana kepenatan dan tidak larat untuk meneruskan perjalanan. Peserta yang balik, telah selamat tiba di bawah (pintu masuk) lebih kurang jam 10.30mlm. Manakala bagi peserta yang masih tinggal di Kem Lolo meneruskan aktiviti sembang sampai lebam hingga jam 10.00mlm sebelum beradu.

-"Kami nak pulang emak buat cucur..."-

Hari Ketiga:
Selepas bersarapan dengan megi segera, lebih kurang jam 9.30pg, kami mula bertolak untuk turun. Selepas tiba dipertengahan perjalanan, 3orang peserta yang bakal ke Gunung Tahan pada Jun 2010 (Morry, Keysha & Jie) memulakan latihan memikul hoversack sebagai persediaan untuk ke Gunung Tahan ekekeke.. Tiada lagi aksi lenggang kangkong daripada diorang.. Selepas berhempas pulas, sambil control idung.. Akhirnya kami tiba di Pintu Masuk Hutan Simpan Gunung Nuang pada jam lebih kurang 12.30pg. Selepas mandi dan tukar pakaian, kami akhirnya bersurai.

-Latihan memiikul hoversack ekekekeke ^^-

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telahpun menjayakan misi “Ke Puncak Nuang” pada kali ini (Arjuna, Angah, Man, Zeti, Awie, Shakila, Mariam, Eja, Sal, Parida, Hanas, Syed, Abang Aenal@ TokWan, Lynn, K.A, Yusri, Jie, Morry Dorry, Keysha Aliya, Nor Jamri, Zulhairi & garfu). Semoga berjumpa kembali diaktiviti ‘Riadah Santai’ yang lain pada masa akan datang.

-dah masyammm...-

:: p/s: Coming Soon Riadah Santai – BBQ & Meneroka Gua Batu Maloi…Tungguuu….!!

Friday, May 14, 2010

Unity 13 Mei (Recolour 13 Mei)

Salam kepada semua

Semalam kita menyambut 13 Mei, saya yakin daripada penglihatan saya, ada yang menyambutnya dan ada yang tidak menyambutnya malahan ada yang tidak tahu apa itu 13 Mei. Apa maksud, 13 Mei... apa yang berlaku pada 13 Mei.. Tiada apa yang perlu dirisaukan pasal 13 Mei sebab memang Malaysia memang susah nak belajar dan fahami sejarah. Tidak sama dengan masyarakt di Amerika, mereka memang mendalami dan mengingati sejarah negara mereka. Sebab itu mereka kuat jati diri. Tapi, takpe.. sylibus sejarah KPM juga perlu diubah supaya lebih kepada cerita yang sebenar.

Ada yang mengapi-apikan lagi peristiwa 13 Mei, membawa kepada isu negative sepertimana yang saya lihat di satu fan facebook, bertulisan cina dan mengatakan keburukan dan resist yang amat mendalam, Nasib baik ada google translate, oleh itu, saya dapat membacanya walaupun susunan bahasa yang lintang pukang. Sangat bodoh orang yang mengapi-apikan peristiwa 13 Mei, yang akan membuatkan negara Malaysia ini akan menjadi bertambah kucau bilau dan huru-hara.

Jika anda salah seorang yang membawa angin negative untuk 13 Mei 2010, anda harus sedar bahawa tindakan anda akan membawa kehancuran negara Malaysia yang tercinta. Anda harus terima hakikat yang hak. Semuanya sudah ditentukan, anda perlu faham soal hak. Bukannya menyoalkan hak orang lain.

Ada juga yang memandang positive dengan 13 Mei, dan juga membawa 13 Mei ini ke dalam satu fenomena baru untuk kita teladani. Tak kira bangsa apa samada Cina atau Melayu. kedua-dua harus mengambil iktibar dengan peristiwa 13 Mei. Masyarakat Melayu harus mengambil iktibar dari peristiwa 13 Mei untuk meningkatkan ekonomi, tetapi sayangnya sampai sekarang ekonomi melayu masih lagi begitu walaupun telah banyak dibantu oleh kerajaan. Masyarakat Cina pula harus sedar bahawa Melayu mempunyai hak sebagai bumiputera di tanah air mereka. Dan mereka juga perlu menghormati hak-hak yang telah diberikan kepada orang Melayu.

itulah nama perkauman di Malaysia, perkauman di Malaysia tidak sama dengan di negara lain. Di Malaysia, sifat perkauman ia perlu banyak bertolak ansur antara satu sama lain, dan menerima hakikat hak-hak justeru menaikan semula krebaliti unggul kaum tersebut.

Saya tidak membawa kepada angin negative untuk 13 Mei, dan saya akn bersama mereka yang membawa angin positive untuk perpaduan (Unity) bersempena 13 Mei. Ada golongan tersebut.

Saya berasa amat dukacita apabila ada antara mereka yang menyalahgunakan istilah Recist. Adakah mereka sendiri tidak paham istilah recist ataupun mereka sengaja menyalahgunakan perkataan recist tersebut. Pada pendapat saya, recist adalah seseorang yang mempunyai semangat untuk membantu kaum mereka sendiri tanpa mengangu-gugat kaum lain. itulah makna resist buat saya. Jangan kerana anda resist anda abaikan kaum lain. Contohnya, anda adalah seorang HR Melayu disebuah syarikat yang ternama, anda adalah Recist. Anda diminta untuk memilih seoarang calon Melayu yang mempunayai kurang kelayakan berbanding dengan seorang calon kaum lain yang mempunyai kelayakan dan kebolehan yang tinggi. Anda mungkin pilih calon Melayu, kerana sifat resist anda. Tetapi itu silap, anda ambik la calon kaum lain itu, dan serapkan juga atau anda bagi motivasi kepada calon melayu tersebut untuk menjadi lebih baik, dan lebih mulia lagi jika anda bersama membantu beliau menjadi lebih terbaik, dan lebih terbaik dari calon kaum lain. Kerana pekerjaan itu sebenarnya adalah hak untuk calon yang terbaik, tetapi resist anda, adalah memberi peluang dan pendidikan kepada kaum anda sendiri.

Apa yang saya cakap diatas adalah daripada segi pekerjaan, ia tidak sama dengan soal Hak Bumiputera. Yang itu, skop dia luas dan bermacam-macam lagi perkara yang perlu diberikan. Yang penting, anda paham mengenai perlembangan dan sejarah Malaysia barulah soal Hak Bumiputera anda akan fahami.

Saya teratarik mengenai dengan apa yang dikatakan oleh Anas Zubedy semalam, dia mengatakan bahawa kita sebagai rakyat perlu vote untuk pemimpin yang ada Unity, pemimpin yang memperjuangkan perpaduan. Kerana beliau juga suka kepada perpaduan. Saya pun, suka kepada perpaduan...

Let's we recolur Malaysia with Unity...


Tuesday, April 13, 2010

Panduan Tidak Mudah Lupa

Panduan tidak mudah lupa.


Kejayaan mengamalkan panduan bergantung kesungguhan mengubah tingkah laku daripada seorang peluipa kepada yang peka dengan tugas.

1. Beri focus dan tumpuan kepada guru yang meberikan tugasan anda. Anda boleh bertanya kepada mereka secara jelas, bilakh tarikg menghantar dan bertanya perkara tidak difahami.
2. Buat catatan dan jadual tugas. Jangan luipa lihat senarai apabila balik ke rumah. Sediakan buku xtatan untuk anda mencatat perkara mengenai kerja rumah, tugasan dan perkara penting yang hendak dilakukan.
3. Bezakan antara senari kerja sekolah dan tugasan dalam kelas tuisyen. Jadikan tiabiat melihat apakah kedua-dua tuigasan berkenaan. Pastikan tarikh penting menghantar tugasan.
4. Bahagikan masa antara tidur dan membuat kerja rumah. Tidur siang tidak perlu lama, sekadar melepaskan penat selpas pulang dari sekolah. Selepas rehat sebentar anda boleh menyemak senarai tugasan dan siapkan secepat mungkin.
5. Hadkan waktu tidur anda pada siang hairi dengan mengunci jam loceng. Tidur sehingga maghrib tidak membantu dalam pelajaran kerana keadaan ini menganggu proses tidur malam.

Insyallah jika anda memberi tumpuan kepad aarahan guru,membuat catatan tugasan dan membahagikan masa antara rehat dan tugasan, anda tidak akan lupa. Hidup anda akan lebih ceria dan menjadi pelajar yang sentiasa peka serta cerdas.

Saturday, March 27, 2010

Lembab dan Bodoh!

Salam kepada pembaca anakledang0616.c0m,

Kami hendak memberitahu bahawa setiap orang ada peluang untuk berjaya. Dan kami yakin dan percaya anda juga berazam untuk menjadi seorang yang berjaya. Tetapi, bagaimana anda grab peluang untuk menjadi seorang yang berjaya.

->Adakah anda hanya duduk di rumah sambil menunggu kejayaan datang bergolek?

->Duduk depan komputer bersama facebook?

->Tunggu seminar dihadapan mata anda?

->Berjalan2x sambil berharap ada orang yang memberikan 1juta kepada anda?

Mana satu pilihan anda? Hahaha, inilah langkah "bijak" untuk grab peluang untuk menjadi kaya. Sugguh keji sungguh, boleh la anda tunggu sehingga anda tumbuh janggut satu meter, mungkin anda kaya. Satu tindakan yang agak bodoh!

Orang lain boleh biarkan diri dia kepanasan dan keletihan di hari minggu semata-mata mahukan kekayaan. Anda boleh duduk diam menunggu kekayaan? Adakah anda boleh menjadi kaya seperti mereka dengan duduk dirumah sambil tidur dan ber"facebook".

Hey, penulis anakledang0616 mereka itu sebenarnya smart thinking. Korang ckp macam nie, nnt dorang akan lebih kaya daripada kau. Mereka dah baca buku tips kekayaan yang banyak. Anytime die boleh kaya.

Hey orang yang komen, anakledang0616 sebenarnya tak da la, arif sangat dengan kekayaan ini. Sedangkan anakledang0616 juga pun belum kaya lagi. Setakat baca buku tapi tak buat apa kes! Dia ingatkan dengan membaca buku jer, tampa praktik die boleh kaya. Ataupun, kalau dia asik pergi seminar sahaja tanpa praktik die boleh kaya ke?

Hey penulis anakledang0616, aku punya suka la, aku bukannya nak kaya pun

Hey orang yang komen, anakledang0616 bukannya apa, cuma nak nasihatkan sahaja. Anakledang0616 pun takde la banyak ilmu pengetahuan. Tapi kekayaan itu penting, kalau nnt cik memerlukan duit yang banyak untuk menampung kos perubatan, dari mana cik nak dapatkan duit itu.

Hey penulis anakledang0616, sayakan duduk kampung cam mana nak kaya

Hey orang yang komen, orang kampung lagi banyak yang kaya,.. orang kampungkan ada tanah, ada hasil kraftangan. kamu tue jer yang tak pandai nak gunakan peluang. Doa la kepada Tuhan, supaya tuhan murahkan rezeki anda... ingat kekayaan bukan di bandar sahaja. kekayaan ada juga di kampung. Di internet ini pun ada kekayaan.

Hey penulis anakledang616, cepat la kaya aku nak tgk ko kaya

Hey orang yang bagi sokongan, insyallah saya akan berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya. dengan strategi dan pemikiran.

Teruna kasih yer, kepada semua orang yang membaca


Sunday, March 21, 2010

Jom Kahwin, alamak umur ku dah 40 la... hahaha

"Nak Kahwin leh," "mue... nie gatai, muda-muda lagi dah nak sibuk kahwin, kerja pun x lagi, mue dah duit ker nak kahwin" "yo, la nnt aku dah berjaya dah ade PhD kerja dah mantap, aku kahwin" ...... setelah berjaya............ "o.klah, aku dah berjaya, nak kahwin la......... ummmppp ngan sape yer, eeehh, ALAMAK! umur aku dah 35 la, layak ker aku nak kahwin lagi nie, adduuuaaiii"


Dah biasa dah dgn skrip kat atas nie,

Satu servey telah di jalankan oleh National Population and Family Development (LPPKN) dari trend populasi diantara tahun 2000 hingga 2007, kebanyakan orang Malaysia ini kahwin lambat ataupun mereka nie memang tak kahwin sampai ke tua. Avegare perkahwinan antara lelaki dan perempuan meningkat daripada 25.5 - 22 pada tahun 1970 dan 28.6 - 25.1 pada tahun 2000.


Dan, bilangan mereka yang kahwin selepas 30 tahun adalah dua kali ganda pada perempuan iatiu 13% kepada 29.8% dan lelaki dariada 32% kepada 54.9% peratus. Kemungkinan, purata umur kahwin pun akan meningkat pada 33thn pada 2015 nnt.


apa punca masalah, bilangan mereka yang kahwin lambat nie semakin meningkat.


1. Sebab nak kejar carear
2. Sikap terlalu memilih, terutamanya bagi perempuan kerana pangkat dan jawatan die telah tinggi.
3. Tunggu stabil dulu kewangan baru nak kahwin.

Empower executive director Maria Chon Abdullah memberi pandangan, "This indirecly reinforces the nation that woman's natural incilantion is towards making a home for her children and husband. In their eyes, a women's ability to maintain a home while pursuing a career threatens the faimlu structure as it means fewer babies.

Raja Azwa Petra 38, dalam temuramah dalam akhbar The Star, "When i first stared working, what was more imporatant was that i was in a job i believed in, not just one that paid a salary at the end of month, So i fouced all my effort into finding the area that i wanted to work in. For men, marriage is a case of meeting the right person. I do not have a plan to get married at a paarticular age. If you meet the person you want to spend the rest of your life with, you should be able to do so at any age. "

Prof Dr Rumaya, dari UPM juga mengatakan bahawa 40% wanita tidak memilih untuk kahwin adalah kerana mereka tidak jumpa "Mr Right" lagi.

Raja Azwa ada lagi mengatakan " What is more important is doing it for the right reason. You should not be forced into it or think it is the only option you have. It is more dangerous if you marry the wrong person and have children. More importantly, marriage is not only for having children, You still decide not to have children when you are married"

Kata seorang jejaka bernama Faris "when i get married, naturally i would want to start a family and i would want the best for the kids. I am barely surviving now, so it would be unfair for the kids. People are getting scared because of the economic situation"

Apa kata mereka yang tak mahu kahwin

Linda Tan*, 27 tidak percaya kepada perkahwinan kerana experience yang dialami dalam dirinya. Mak ayah mereka telah bercerai, dan dia juga melihat rakan-rakan yang lain, yang mengalami masalah yang sama, Sesetangah dari mereka masih bersama, tapi bukan tidur dalam satu bilik.


.... Apa masalah pasal kahwin?

Trend populasi skrg dimana, mengejar career, tunggu stabil duit, pilih yang terbaik adalah punca masyarakat skrg kahwin lambat. Ump, takpe la.. nak buat mcm mana.

tapi harus ingat, kahwin juga adalah sunnah Rasullah s.a.w,

Artikel ni saya ambik dari ruangan focus, sunday star 22/3/10. bukan, nak ckp ape, cuma nak mengingatkan tentang usia dan perkahwinan kepada semua rakan-rakan. Ingat Rezeki datang dari Allah swt. yang penting kita momohon kepadanya.









Thursday, March 18, 2010

Awas! Adakah anda juga dalam golongan Munafik

Salam, kepada semua sahabat seperjuangan dan semua pembaca anakledang0616.com , diakhir zaman ini, marilah kita bersama-sama merenungkan tingkah laku kita. Adakah kita seorang yang benar-benar ikhlas dalam menghayati agama kita yang suci ini. Iaitu agama Islam. Melakukan kewajipan kita sebagai seorang Islam dan juga meningalkan larangan yang ditegah oleh Allah swt.

Pena anakledang0616.com hari ini ingin berkongsi ilmu dari pembacaan anakledang0616.com dari sebuah buku yang bertajuk al-amthal dalam al-quran Golongan Munafik tulisan Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Semoga ilmu yang akan dikongsi ini mendapat manfaat dan iktibar kepada semua pembaca.

Jenis-jenis munafik

Para Ulama membahagikan munafik kepada dua jenis iaitu nifak iktikad dan nifak amali.

1. Nifak Iktikad ialah mereka yang keluar keimanannya secara tersembunyi selepas memeluk Islam secara zahir. Kebanyakan ulama menamakan nifak ini sebagai nifak akhbar. Dari segi hokum, golongan ini termasuk dalam golongan kafir dan kekal di dalam neraka.

Nifak ini boleh diketegorikan kepada dua bentuk iaitu:

(a) Nifak iktikad yang berlaku kepad mereka yang memeluk agama Islam secara berpura-pura pada masa permulaan lagi. Mereka menyembunyikan kekufuran, sebaliknya melahirkan keimanan. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 8 yang bermaksud

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(b) Nifak iktikad ini berlaku kepada mereka yang memleluk Islam kemudian menjadi murtad, tetapi kekufurannya tidak dizahirkan, bahkan terus disembunyikan. Walaupun beitu, tanda-tanda kekufuran itu terjadi juga disebabkan kata-kata dan perbuatan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah swt melalui firman-Nya dalam surah al-munafiqun ayat 8

Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Tanda-tanda kekufuran mereka disini adalah melalui perbuatan iaitu percubaan mereka untuk membunuh Rasullah saw pada malam Aqabah ketika peperangan Tabuk.

Allah swt berfirman dalam surat At-taubah ayat 74 yang bermaksud

Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu) dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.

2. Nifak amali ialah mereka yang beriman secara zahir dan batin tetapi tidak menunaikan tanggungjawab secara keseluruhannya.

Ibn Taimiyah berkata Dalam islam terdapat golongan yang mengak Islam tetapi tiada sedikit pun keimanan di hati meraeka, golonga ini dinamakan munafik tulen dan terdapat juga golongan yang mengaku Islam dengan keimanan di dalam hati sanubari mereka, tetapi mereka tidak menunaikan kewajipan secara menyeluruh. Mereka lah golongan fasiq yang termasuk dalam nifak amali.

Dari segi huku, golongan ini dainggap beriman dan fasiq disebakan maksiat yang dilakukan oleh mereka. Mereka di bawah kehendak Allah swt sama ada diazab atau di ampunkan dosa mereka, sebagaimana firman Allah swt dalam surag an-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

Sunday, March 14, 2010

Malu, kalau orang OKU pun boleh cemerlang






dipetik dari berita harian 12 Mac 2010 : Click for enlarge



Assalamualaikum


anakledang0616 mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2009. Tidak kira, samaada anda cemerlang ataupun tidak. Bagi saya, kecemerlangan dalam SPM bukan pengukur untuk kejayaan masa depan anda. Tapi kejayaan mahupun kegagalan dalam SPM mampu mengubah diri anda jika anda berminat untuk menjadi yang terbaik untuk diri anda. Tahniah!


Kebanyakan masyarakat umum tidak melihat kejayaan orang yang sempurna sebagai pedoman untuk berjaya. Mereka lebih kagum dengan insan yang kurang upaya dalam menempuh cabaran untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.


Pada setiap tahun, kita sering melihat kejayaan orang yang kurang upaya untuk berjaya dalam peperikaan mahupun kehidupan. Tetapi, apakah perasaan anda apabila membaca artikal berkenaan dengan mereka yang kurang upaya dalam menjadi seorang pelajar yang luar biasa hebatnya? adakah anda berasa malu? ataupun anda berasa seperti anda yang sempurna sifat itu seperti tidak menggunakan nikmat yang tuhan berikan itu dengan sebaik mungkin?




Walaupun mereka kekurangan sifat dalam diri, tapi apakah sebab utama mereka berjaya? kerana semangat yang tiggi dalam diri mereka yang juga ada pada manusia yang sempurna tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin kerana mereka buat-buat tak perasan dengan nikmat yang diberikan oleh Allah swt.

Tidak seberapa mana kejayaan seseorang itu, kalau kita sendiri juga tidak berjaya seperti mereka. Bagaimana cara untuk berjaya? Cara untuk berjaya itu adalah satu benda yang mudah iaitu mengikut jejak langkah orang yang berjaya. Mudah kan? kalau orang yang berjaya yang telah menulis autobiografi mereka di buku-buku. Mudah sahaja, anda cuma perlu baca dan menggunakan.




Berterima kasih, kepada mereka yang sempurna dan cemerlang dalam peperiksaan kerana berkongsi ilmu kejayaan mereka. Bukan untuk diri dia yang sudah berjaya. Tetapi ianya adalah untuk mereka yang ingin berjaya. Kalau anda tidak mahu berjaya. Usah menimba ilmu dan mengambil contoh kehidupan orang yang berjaya