Manusia adalah maklhuk yang paling banyak membuang masa. Tidak terkuacali penulis blog ini, saya juga tidak terlepas selalu membuang masa saya begitu sahaja. Melepaskan waktu muda saya dengan aktiviti yang sia-sia.
Tuesday, March 9, 2010
Peruntukan Masa 24 Jam Sehari
Manusia adalah maklhuk yang paling banyak membuang masa. Tidak terkuacali penulis blog ini, saya juga tidak terlepas selalu membuang masa saya begitu sahaja. Melepaskan waktu muda saya dengan aktiviti yang sia-sia.
Sunday, March 7, 2010
Sebab-sebab mengapa saya belum kaya
2. Umumnya saya mengatahui bahawa berniaga bukan satu perkara yang mudah, ia melibatkan keberanian dan ketabahan dalam hidup. Adakah saya mampu dalam menempuh semua itu.
3. Saya rasa, saya kurang ilmu dalam perniagaa. Saya akan tambah ilmu dalam perniagaan saya
4. Saya ada komitment lain, oleh itu, pembahagian masa saya adalah terhad.
5. Saya tidak tahu produk yang ingin dijual atau dipasarkan, ataupun servis yang hendak diberika.n
6. Walaupun saya mahu jadi kaya, adakah kekayaan itu menjamin kebahagian dalam hidup saya.
7. Belum sampai lagi peluang untuk saya menjadi kaya.
* persoalan ini adalah salah satu latihan yang saya sedang buat semasa membaca sebuah buku yang berajuk "Bagaimana saya boleh menjadi jutawan, Adam Khoo"
Saturday, February 13, 2010
Keadaan Semakin Tidak Berakal
Adakah ini adalah bilangan yang sebenar atau ada lagi, anak-anak yang dibuang tapi kita tidak ketahui buat masa sekarang. Saya pernah mendangar kata-kata seorang ustaz, jikalau anak itu mati waktu kecil, si kecil akan mendoakan dan memohon kehadrat illahi supaya ibu bapa mereka juga masuk syurga. Tapi, kalau ibu mereka yang penyebab kepada kematian tersebut, adakah ibunya akan mendapat manfaat yang sama.
Fikir-fikirkan...
Saturday, February 6, 2010
kehidupan dalam kenangan - Salam perkenalan
Saya akan tetap menulis, menegakkan kebenaran, demi negara yang tercinta, kerana kebenaran ini selalunya susah hendak diterima, tetapi jikalau ada unsur khianat dan perpecahan, lazimnya mudah diterima.
Saya berhajat untuk menulis e-book tidak lama lagi, tajuknya pun saya tidak pasti lagi, tajuk apa yang hendak saya tulis. Tapi yang pasti, ebook pertama saya bukan untuk keuntungan tetapi, hanyalah untuk perkongsian ilmu kepada semua pembaca yang gemar membaca.
Penulisan yang ringkas tapi, isi yang padat. itulah matlamat anakledang0616. Dimmana datang nama anakledang0616? Anakledang0616 adalah diri saya.
Saturday, January 2, 2010
Guna kalimah ‘Allah’: Agenda tersembunyi pihak Gereja
We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.9
It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too, (baca sini)
Baca juga sini dan sini
Monday, December 7, 2009
Bumi Sendiri
A.Samad Said
Balada Hilang Peta -1990
Kita perlu turun
Dari menara
Melepas capal
Berjalan kaki
Merasakan keresahan
Nafas bumi
Kita sekarang sedang
Didesak ditengah
Dendam gelegak
Sedang disiku
Dari selurh penjuru
Sedang dihina
Kerana terlalu lama
Sengaja mengalah
Kita sedang genting
Dan sedang gering
Kita perlu marah
Sejujur hati,
Untuk bermamah
Dibumi sendiri
Kali ini
Jika kita bernyanyi
Biarlah lagu yang
Paling hakiki
Jika kita bersuara
Biarlah jujur rasa
Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya
Lelaki tang berani
Mereka akan merasa
Bermaruah ditengah
Buminya sendiri
Kita perlu bangun
Sekali ini
Bangun pertahan
Yang hakiki
Sajak yang penuh dengan makna, tetang hak anak bumi. Sajak yang penuh dengan makna ini perlu disebarkan kepada seluruh bangsa Melayu. Jangan dibiarkan hak kita digadai kerana kita tidak mengetahui.
Friday, October 30, 2009
Ulasan Buku : Khalifah Umar Al-Khatab

Hari ini, izinkan penulis berkongsi pengalaman atas pembacaan penulis sekarang. Penulis sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Khalifah Umar Al-Khatab – Reformis Dunia Islam” tulisan Abdul Latip Talib. Umum mengetahui, siapakah sebenarnya Khalifah Umar Al-Khatab ini, bukan? Sebab mustahil seorang manusia yang berilmu tidak mengetahui 4 Khalifah yang juga sebagai sahabat Rasullah S.A.W.
Tidak dinafikan, bahawa Umar Alkhatab adalah seorang dari kaum Bani Adi. Beliau juga telah dilatih oleh ayahanda beliau (al-Khattab bin Naufal al-Mahzumi) semasa kecil untuk menjadi seorang yang berjiwa kental, keras kepala, pantang dicabar dan bersikap berani. Beliau pernah memenangi, kejohanan gusti yang selama ini bukan dimenangi oleh Kaum Bani Adi. Dan menjadikan beliau dan kaum Bani Adi ini dijulang namanya dalam kelumpur Quraisy. Beliau pernah tanam anak beliau secara hidup-hidup, jikalau anda baca buku ini, betapa sedihnya kisah beliau tanam anak beliau. kerana, sikap manja anak Umar Al-Khattab ini sebelum ditanam kepada Umar membuatkan beliau terasa menyesal sehingga beliau masuk Islam.
Rasullah s.a.w pernah mendoa agar salah seorang antara Abu Jahal atau Umar al-khatab untuk memuluk agama Islam. Ternyata, sikap keras kepala dan sombong bongkak Umar ini, lebur setelah beliau cuba hendak menentang Rasullah s.a.w dan akhirnya membuatkan beliau memeluk agama Islam.
Sewaktu hidup Rasullah S.A.W, khalifah Umar Alkhatab ini bertindak sebagai penjaga keselamatan dan juga sahabat Rasullah s.a.w. Rasullah S.A.W selalu berbincang antara sahabat, termasuk khalifah Umar Alkhatab dalam mendapatkan keputusan. Adakalanya, pendapat Umar Alkhatab diterima Rasullah s.a.w dan adakalanya Rasullah s.a.w tidak menerima pendapat Umar. Ternyata, walaupun pendapat Umar tidak diterima Rasullah S.A.W beliau langsung tidak bersikap kecil hati, tetapi tetap bersama Rasullah S.A.W
Selepas kematian Rasullah s.a.w beliau terus bersama dengan Kepimpinan Khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Beliau bersikap terbuka dengan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar Al-Khatab ini menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun, adakalanya beliau menentang keputusan Khalifah Abu Bakar ini, tetapi akhirnya beliau dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Semasa beliau mengambil alih tugas sebagai seorang Khalifah daripada kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, beliau telah memrangi Raja Parsi yang kuat menentang Islam. Pejuang Islam, yang berperang sewaktu itu menang dalam peperangan. Beliau sendiri selalu mengingatkan kepada panglima perang beliau supaya, berfikir dan berbincang sebelum membuat keputusan. Bersikap baik dengan orang yang tidak menentang Islam, tidak mendatangkan keburukan dan kekacauan kepada orang yang tidak menentang Islam.
Dan akhir sekali, sewaktu beliau wafat, beliau tidak menyerahkan kempimpinan Khalifah kepada anak beliau, walaupun ada beberapa sahabat beliau yang merestuinya. Tetapi, beliau serahkan kepada 10 orang sahabat untuk memutuskan sendiri, siapakah antara mereka yang layak untuk menjadi penganti beliau. Beliau meninggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walaupun beliau merupakan seorang khalifah.
Pembaca sekalian, dalam kesebukan kita mengajar nikmat dunia, luangkanlah sedikit masa anda untuk mempelajari kisah sejarah Rasullah s.a.w, khalifah dan pejuang-pejuang Islam dahulu. Ternyata, sifat kepimpinan beliau dan cara hidup beliau perlu dicontohi oleh kita. Kita lihat bagaimana sewaktu dahulu, zaman kegemilangan Islam, Islam dipandang mulia oleh mereka yang bukan menganut agama Islam. Dari situ, kemudiannya lahirnya Ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun. Tetapi, apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, selalu berlaku perpecahan, permusuhan, masalah kepimpinan, dan bermacam-macam lagi. Membuatkan Islam itu sendiri dipandang rendah, dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Seharian kita mendengar masalah kepada penduduk Islam. Dan kita perlu mengangkat semula kegemilangan Islam ini dengan mencontohi kepimpinan mereka.
Wednesday, October 28, 2009
Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran

Tuesday, October 20, 2009
Belajar pengalaman politik Nepal

Di mana-mana pun di Nepal, rakyatnya mengenali Malaysia. Ada penduduk Nepal yang berseloroh dengan penulis dengan berkata, Malaysia Truly Asia, I Love Malaysia, atau, ''anda boleh bayar dengan Ringgit Malaysia (RM)," kata seorang penjaja wanita ketika menghulurkan seutas rantai tembaga bertakhta batu Gurkha berharga RM10 selepas tawar-menawar di tangga mendaki kuil di Patan.
Bagi warga Nepal yang telah bertahun-tahun bekerja di Malaysia, maka segala ceruk lorong di Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling, diberikan gambaran seolah-olah Wall Street, Oxford Street atau China Town Amerika Syarikat (AS) - dunia mewah dan peleseran bagi yang kaya dan terkenal.
Perkataan seperti Touch and Go (TnG) serta Smart Tag, lebuh raya enam lorong - malah rutin membayar tol - juga meniti bibir penduduk di sana, dan semahu-mahunya mereka mahu gaya hidup harian 'hebat' di Malaysia itu dibawa ke sana.
Itulah yang diceritakan oleh para pekerja dari Nepal kepada anak-anak mereka tentang legasi Malaysia setelah dua atau tiga tahun bekerja di Malaysia.
''Malangnya di sini belum ada kesungguhan politik dan kemampuan kewangan, lihatlah sahaja keadaan jalan raya dan sistem (kehidupan) yang ada di Nepal," kata penduduk kelas pertengahan di Nepal, Karisha Kunwar kepada penulis yang berada di negara itu baru-barui ini.
Nama tempat seperti Sunway Lagoon, kondominium di Pandan Mewah dan beberapa tempat lain juga meniti bibir beliau, yang mendakwa telah beberapa kali datang ke Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Ketika tiba di Kathmandu, penulis disambut oleh kekotoran, longgokan sampah sarap, najis (haiwan dan manusia), ludah, kahak ada di merata-rata tempat. Lebih dahsyat senario itu ketika tiba musim panas - ditokok tambah dengan debu jalanan yang berterbangan. Bunyi hon motosikal dan kereta cukup memekakkan telinga.
Pengalaman yang sama turut dilalui oleh 32 pelajar Jurusan Jurubina, Bangunan dan Rekabentuk Kolej Taylors serta tiga pensyarah yang memilih Nepal sebagai destinasi untuk Minggu Aktiviti 2009: Lembah Kathmandu, Nepal, yang bertema Perjalanan Pemuliharaan Warisan. Sekurang-kurangnya mereka bersyukur kerana dilahirkan dan membesar di Malaysia.
Perjalanan daripada Kathmandu ke Pokhara yang sejauh 200 kilometer mengambil masa lapan jam kerana keadaan jalan rayanya yang daif, sedangkan jarak yang sama - Ipoh ke Kuala Lumpur hanya dua jam melalui lebuh raya - dengan jarak yang sama.
Mungkin keindahan gunung-ganang, kemuncak berlitup salji, ribuan kuil Hindu dan Buddha, sayup-sayup mantera sami Buddha serta sejuk dan segar udara di negara dalam dakapan Himalaya itu belum cukup untuk memberi ilham kepada rakyatnya untuk menentukan masa depan politik yang lebih terjamin, apatah lagi impian menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti Malaysia.
Bagi rakyat jelata seperti seorang usahawan pelancongan, Krishna Kunwar - serta rakannya seperti Pradip Lama, seorang kakitangan awam dan penganggur, Amir Khan - mereka mahu raja berhati rakyat seperti ketika Nepal di bawah Dinasti Rana terus memegang tampuk pemerintahan setelah melihat beberapa persengketaan pendapat antara pakatan tiga parti yang nampaknya tidak berkesudahan selepas pilihan raya Dewan Perwakilan Nepal pada April tahun lalu.
Di Nepal, gabungan tiga parti minoriti yang memerintah iaitu The Unified CPN (Maoist), Parti Kongres Nepal (NC) dan Parti Komunis Leninist-Marxisme Bersatu (UML) kini masih kabur tentang setakat mana mereka boleh bekerjasama kerana perbezaan ideologi, serta keinginan untuk menegakkan ideologi baru, sementara sebahagian lagi mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa yang sedia ada.
Sejak Raja Gyanendra menjadi pemerintah Nepal pada 2001 selepas kematian abangnya, Raja Birendra, negara di pergunungan Himalaya itu tidak pernah sunyi daripada pergolakan.
Mendiang Raja Birendra mati dalam satu pembunuhan di istana diraja oleh anak beliau yang juga Putera Mahkota Nepal. Putera berkenaan telah membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri selepas itu.
Malangnya, Raja Gyanendra yang digulingkan rakyat tidak popular, apatah lagi selepas tragedi berdarah di istana yang menyaksikan pembunuhan keluarga diraja sebelum Gyanendra, satu plot yang masih menjadi misteri - walau pun kenyataan istana mengaitkannya dengan masalah keluarga dan halangan percintaan oleh raja dan bonda.
Dalam pilihan raya November tahun lepas, mereka telah memilih untuk menghapuskan terus sistem beraja - termasuk melenyapkan wajah raja pada muka siling 10 rupee.
Tiga parti terbesar yang membentuk pakatan perlu bersepakat dalam tiga isu utama iaitu kuasa rakyat, bidang kuasa presiden serta perdana menteri dan kawalan kerajaan ke atas tentera Nepal.
Pada dasarnya mereka telah mencapai kesepakatan supaya kuasa eksekutif diletakkan di bahu Perdana Menteri, sementara presiden terus menjadi ketua perlembagaan negara.
Sejak peristiwa tersebut, rakyat terus hilang kepercayaan terhadap Raja Gyanendra yang turut dikaitkan dengan tragedi berdarah itu.
Pelantikan Girija Prasad Koirala pada usia 84 tahun sebagai Perdana Menteri Nepal dipersetujui oleh tujuh parti politik utama di negara berkenaan.
Koirala kini berhempas pulas untuk meneutralkan tekanan khususnya daripada Moist yang ternyata mendapat tempat di hati rakyat miskin dan luar bandar di Nepal.
Rakyat mulai terasa mereka telah membuat pilihan yang salah kerana beberapa dasar serta slogan yang ditentukan oleh Moist - parti yang mendapat undi terbesar dalam pilihan raya umum pada November lepas - tidak langsung tergambar dalam tindak-tanduk pemimpinnya sekarang, atau tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat persetujuan dua parti lagi yang menjadi pakatan pemerintah.
Hal itu boleh difahami oleh Krishna Kunwar kerana penduduk di pedalaman Nepal tidak berpendidikan, tidak tahu-menahu tentang perlembagaan dan proses politik serta hidup dalam tekanan dan kemiskinan.
Pendidikan tidak diwajibkan di Nepal. Ibu tidak mahu menghantar anak ke sekolah kerana dianggap membazir waktu. Lebih baik ke sawah atau bekerja sebagai buruh. Maoist - yang dipimpin oleh seorang bekas guru - mengambil kesempatan daripada pemikiran seperti ini.
Setelah berkuasa, Maoist mahu pemerintahan tentera diganti oleh ketua baru. ''Mustahil untuk memenuhi tuntutan itu kerana Presidenlah yang berkuasa ke atas pelantikan dan pelucutan jawatan ketua tentera," kata Krishma Kunwar.
Kini, pejuang Komunis Maoist secara perlahan-lahan diserap sebagai tentera Nepal di bawah pengawasan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Bagaimana mereka boleh terus berkiblat kepada fahaman komunis sedangkan tentera Nepal seharusnya melindungi kepentingan rakyat?
Seorang kakitangan awam, Pradip Kumar mahukan kehidupan yang lebih baik untuk meneruskan kesinambungan hidup sehariannya.
Kehidupan seharian di Nepal agak sukar, dan bertambah parah dengan suasana kias dan pulas politik yang tidak stabil yang telah berlarutan sejak pilihan raya pada November.
Katanya, gaji kakitangan awam berstatus eksekutif sepertinya cukup rendah, sekitar RM600 sahaja. Purata gaji di Nepal ialah RM300 sahaja - termasuk gaji guru.
Sejarah, politik dan pembangunan sosial yang panjang di Nepal merupakan perkara yang boleh di pelajari. Generasi muda di Malaysia boleh mempelajari apa sahaja yang berlaku di Nepal - khususnya jika mahu meramalkan apa yang akan berlaku di negara ini.
''Kini Nepal seperti negara tidak berkerajaan (no one land)," tambah Krishna Kunwar, ketika ditanya tentang kehidupan harian penduduk Nepal, pasca pemerintahan beraja hampir 100 tahun di negara itu.
Jauh di sudut hati kecilnya, masih rindu kepada raja yang berjiwa rakyat. ''Semuanya tidak jelas - kuasa eksekutif, legislatif dan politik tidak dapat membuat keputusan terhadap kepentingan dan isu keselamatan rakyat.
''Kuasa Presiden sering dicabar oleh Perdana Menteri - khususnya dalam aspek pemilihan dan pelantikan kuasa ketua tentera," kata Krishna Kunwar.
Isu Nepal bukan sekadar penghijrahan rakyatnya yang menjadi pengawal keselamatan di negara kita. Kita perlu belajar dalam memilih parti politik mana yang layak menubuhkan kerajaan.

